Pada 6 Januari 1957 sebuah bangunan kecil di Kampung Labu, Batu 10 berhampiran dengan landasan keretapi Kuala Lumpur-Seremban telah dijadikan sebuah sekolah.Sekolah ini dikenali dengan nama SEKOLAH MELAYU LABU. Seramai 20 orang murid telah didaftarkan sebagai murid pertama belajar di sekolah kecil dan serba kekurang ini.En Alwi bin Sariban telah mendaftarkan sebagai Guru Besar yang pertama di sekolah ini.Beliau dibantu oleh En Abdul Razak bin Abu dan Puan Rafeah bt Haji Yusof. Dengan adanya sekolah ini,dapatlah anak-anak dari persekitaran Labu ini balajar dan menerima pendidikan rasmi.Perkembangan sekolah ini amat menggalakkan. Muridnya bertambah tahun demi tahun.Pada peringkat awalnya setakat darjah tiga,akhirnya bertambah hingga darjah enam. Atas kerjasama dan permuafakatan pengurus sekolah,penduduk kampung dan YB Encik Ahmad bin Manap (wakil rakyat Labu ketika itu) serta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan maka terbinalah sebuah bangunan baru dua tingkat di atas sebidang tanah yang luasnya lma ekar.Kira-kira 700 meter dari tapak lama.Bangunan baru ini diberi nama SEKOLAH KEBANGSAAN LABU.Sekolah ini telah dirasmikan pada 15 Julai 1976 oleh YAB DATO RAIS BIN YATIM yang merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu. Dari hari ke hari jumlah pelajar sekolah ini semakin meningkat.Bangunan yang sedia ada tidak dapat menampung keramaian pelajar untuk bilik darjah serta kemudahan lain untuk pengurusan pengajaran dan pembelajaran seperti pejabat,bilik guru,bilik sains,Pusat Sumber Sekolah dan seumpamanya.Oleh itu pihak pengurusan sekolah bersama PIBG sentiasa memohon peruntukan agar bangunan sekolah ditambah untuk menampung kekurangan kemudahan fizikal sekolah ini. Hasilnya pada tahun 1989 atas konsep gotong-royong sebuah bangunan yang mengandungi empat bilik darjah berjaya dibina.Pada tahun 1999 sebuah lagi bangunan yang mengandungi dua blik darjah dan satu stor sukan telah siap dibina dan tahun seterusnya sebuah lagi bangunan baru yang mengandungi tiga bilik darjah siap dibina.Secara ringkasnya sehingga 2002 sekolah ini mempunyai lima blok bangunan termasuk satu bangunan prasekolah.Selepas beberapa tahun sebuah prasekolah dibina.Disekolah ini ada 2 buah prasekolah.Pada tahun 2007 pula, sebahagian atap bangunan telah digantikan dengan yang baru.
SENARAI GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN LABU (1976 - 2007) 1976 - 1978 - En Abu bakar bin Haji Yahya (PJK) 1978 - 1981 - En Ahmad b Salleh 1981 - 1987 - En Abd Rahman b Jantan 1987 - 1996 - En Mohd Yusof bin Senara 1997 - 1999- En Ramli bin Haji Abd Latip 1999- 2003 - Pn Hjh Maimunah bt Haji Mahmud 2003-2004 - En Azahar bin Jamaluddin - En Hj Osman bin Abdullah 2004 - 2008 - Tn Hj Abd Ghani b Abd Rahman
|